Drama 3 Dara Kg Dot Com di slot Skrin Komedia akan menggantikan drama Megat Extend di Astro Warna. Diarahkan oleh Dira Abu Zahar, drama 3 Dara Dot Com dibintangi oleh Scha Alyahya, Marsha Milan dan Nasz Sally.
Drama terbitan Hyper Pictures Sdn Bhd ini akan mula bersiaran pada 5 Julai pada setiap Rabu hingga Jumaat jam 9.00 malam di Astro Warna menerusi saluran 132 dan Warna HD saluran 124. Antara pelakon lain yang turun menjayakan 3 Dara Dot Com adalah Gambit Saifullah dan Qara Layana.
WATAK PELAKON
Scha Alyahya sebagai Esah
Marsha Milan sebagai Awa
Nasz Sally sebagai Noi
SINOPSIS 3 DARA KG.COM
3 Dara Kg.com mengisahkan tentang tiga dara pingitan, Esah (Scha Alyahya), Awa (Marsha Milan) dan Noi (Nasz Sally) yang berkawan baik meskipun memiliki personaliti yang berbeza. Suatu hari mereka bertiga membuat keputusan untuk berhijrah ke KL untuk bekerja. Di situ mereka telah bertemu dengan Kak Lala, yang merupakan seorang tauke jamu yang terkenal.
Adakah kehidupan 3 sahabat baik ini akan berubah setelah mula hidup di KL? Nantikan siaran 3 Dara Kg dot com bermula 5 Julai ini di Astro Warna.
Sinopsis 3 Dara Kg Dot Com
Reviewed by Karen Monica
on
Julai 03, 2017
Rating:

Tiada ulasan: