Sinopsis My Darling Inspektor Daniel

Jangan lupa tonton drama bersiri terbaru terbitan Skop Productions Sdn Bhd yang bertajuk My Darling Inspektor Daniel dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat antaranya Aaron Aziz, Siti Elizad, Elizabeth Tan dan Erra Fazira.

Drama bersiri 20 episod arahan Aziz M. Osman adalah bukan adaptasi novel. My Darling Inspektor Daniel sudah mula ditayangkan menerusi slot Mega Drama di Astro Ria sejak semalam 31 Julai menggantikan drama Mencintaimu Mr Photographer.

Sinopsis My Darling Inspektor Daniel

Mengisahkan tentang  Inspektor Daniel lakonan Aaron Aziz yang telah berpindah ke balai polis baru. Dia bekerja dengan Inspektor Hannah (Siti Elizad). Dalam diam Inspektor Hannah mula menaruh perasaan kepada Inspektor Danial.

Drama My Darling Inspektor  Daniel


Dalam masa yang sama, Maya Adrianna (Elizabeth Tan) semakin paranoid apabila “stalker” nya sudah mula berani untuk mendekatkan diri dengannya. Maya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis dan kebetulan Inspektor Daniel ditugaskan untuk mengendalikan kes itu. Semakin hari Inspektor Daniel dan Maya mulai rapat dan ini telah menyebabkan Inspektor Hannah mula rasa cemburu dengan keakraban mereka berdua.

Antara pelakon lain yang turut menjayakan drama bersiri terbitan Skop Productions Sdn Bhd ini adalah Zarul Husin (Umbrella), Dazrin Kamarudin, Shahir, Zalfa Zin, Syafiq Mishak, Najwa Jaafar. Dibawah ini adalah senarai pelakan dan watak yang mereka bawakan:

Aaron Aziz sebagai ‘Inspektor Daniel’
Siti Elizad sebagai ‘Inspektor Hannah’
Elizabeth Tan sebagai ‘Maya Adrianna’
Erra Fazira sebagai ‘ASP Maria’
Dazrin Kamarudin sebagai ‘Danish Haikal’
Shahir Zawawi sebagai ‘Rayyan’
Zalfa Zin sebagai ‘Inspektor Liyana’
Syafiq Mishak sebagai ‘Detektif Iqram’
Najwa Jaafar sebagai ‘Melissa’


LAGU TEMA / OST MR DARLING INSPEKTOR DANIEL
Tajuk : Darling
Penyanyi : Elizabeth Tan

 Untuk mengetahui kesudahan drama bersiri ini, ikuti Drama My Darling Inspektor Daniel pada setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10.00 malam di saluran Astro Ria 104 dan Ria HD 123.

Sinopsis My Darling Inspektor Daniel Sinopsis My Darling Inspektor Daniel Reviewed by Karen Monica on Ogos 01, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.