Drama Andainya Takdir lakonan Shukri Yahaya dan Nina Iskandar mula ditayangkan di Slot Samarinda TV3 jam 10:00 malam pada 29 Mei ini. Turut menjayakan drama bersiri 16 episod ini adalah pelakon cilik Puteri Balqis.
Sinopsis Drama Andainya Takdir
Drama Andainya Takdir mengisahkan tentang ketabahan seorang isteri yang perlu berdepan dengan sikap suaminya yang panas baran dan cemburu buta. Fatihah tabah mempertahankan rumahtangganya demi anaknya Aleeya.
Airil, suami Fatihah sering memantau setiap pergerakkan Fatihah. Jika ada yang tidak kena dimatanya pasti Fatihah akan dipukulnya sehingga lebam. Kehidupan Fatihah bertambah sengsara dengan sikap ibu mertuanya Normah yang suka menghasut dan berprasangka buruk. Normah kerap menyeksa emosi Fatihah. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya dan tidak mempedulikan Fatihah.
Kehadiran Norlin, adik ipar Fatihah pula lebih memburukkan keadaan. Norlin yang tidak dapat memiliki zuriat berasa dengki bukan sahaja kerana kecantikan Fatihah tetapi juga kerana Fatihah mempunyai anak yang cantik dan bijak. Norlin sering menghasut ibunya untuk menyuruh Airil pulang ke kampung dan membawa Aleeya bersama. Tujuan Norlin agar dia dapat bermain bersama Aleeya. Jika permintaannya tidak dituruti Norlin mengugut untuk tidak pulang ke kampung.
Kerana masih sayangkan Fatihah, Airil cuba untuk mengubah sikap panas barannya. Dia berusaha untuk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yang melampau itu.
Berjayakah Airil menjadi seorang suami dan ayah yang lebih penyayang dan penyabar. Dapatkah Fatihah terus bersabar sehingga Airil benar-benar berubah atau adakah Normah dan Norlin akan menjadi punca keretakkan rumahtangga Fatihah dan Airil?
Untuk mengetahui kesudahan drama keluarga yang penuh konflik ini, anda kenalah tonton Drama Andainya Takdir di Slot Samarinda TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10:00 malam.

Reviewed by Karen Monica
on
Mei 30, 2017
Rating:

Tiada ulasan: