Drama Semusim Rindu lakonan Ben Amir dan Intan Ladyana boleh ditonton pada setiap Isnin hingga Jumaat di Slot Tiara saluran Astro Prima 105 dan Maya HD 135 pada pukul 6:00 petang.
Semusim Rindu yang akan bersiaran selama 40 episod telah diarahkan oleh Ejump Zahir dan diterbitkan oleh MIG Production Sdn Bhd. Drama bersiri yang mula bersiaran pada 30 Mei ini merupakan sebuah adapatasi novel karya Aleya Aneesa.
Sinopsis Drama Semusim Rindu
Semusim Rindu mengisahkan tentang Hajar Adira yang telah menjadi yatim piatu sejak berusia 5 tahun. Hajar Adira tinggal bersama ibu saudaranya Nazimah. Nazimah sering mendera fizikal dan mental Hajar. Kerana tidak tahan lagi didera oleh ibu saudaranya, Hajar nekad melarikan diri ke Johor untuk mencari Mak Ngah Nasriah ketika berusia 10 tahun.
Tetapi setibanya di Johor, Hajar tidak tahu untuk kemana. Pertemuan Hajar dengan seorang lelaki bernama Firdaus merubah segalanya. Firdaus yang ketika itu sedang menunggu ketibaan isterinya Fauziah telah menjadikan Hajar sebagai anak angkatnya. Kebetulan pula Firdaus dan Fauziah belum lagi mempunyai zuriat.
Tetapi malang pula nasib Hajar bila ditakdirkan ibu angkatnya meninggal dunia dan bapanya pula lumpuh. Hajar tiada pilihan selain perlu mengambil tanggungjawab untuk membesarkan adik-adik angkatnya.
Kehadiran Ikhman yang suka menyakitinya menemukan Hajar kepada keluarga kandungnya. Sebenarnya Ikhman mencintai Hajar dalam diam, tetapi kerana ego dia sukar berterus terang. Hajar masih sukar memaafkan pak usunya setelah sekian lama dia mencari mereka.
Hajar dan Ikhman disatukan biarpun Hajar masih was-was dengan perasaannya terhadap Ikhman. Biarpun telah berkahwin, mereka tidak tinggal sebumbung dan menyebabkan berlakunya pelbagai konflik.
Mampukan rumahtangga Hajar dan Ikhman kekal menangani segala konflik yang melanda. Dapatkah Hajar melupakan kepahitan lalu dan memaafkan keluarga kandungnya?

Reviewed by Karen Monica
on
Mei 31, 2017
Rating:

Tiada ulasan: