Drama Menantu Bilal lakonan Amar Asyraf, Syazwan Zulkifli, Ruhainies dan Talha Harith akan mula bersiaran pada 2 Jun ini di slot Dahlia TV3. Antara pelakon lain yang turut menjayakan drama 11 episod ini adalah Nazeera Sardi, Chacha Maembong, Idris Md Diah, Elly Suriaty dan ramai lagi.
Sinopsis Drama Menantu Bilal
Drama Menantu Bilal mengisahkan tentang kerenah tiga orang menantu Bilal Brahim dan Mak Esah. Ketiga-tiganya berasal dari negeri yang berbeza, jadi masing-masing mempunyai cara yang berbeza untuk memenangi hati mentua.
Pasangan Bilal Brahim dan Mak Esah sangat disenangi oleh orang-orang kampung. Mereka seolah menjadi kaunter aduan orang-orang kampung. Dari masalah yang besar seperti kes cerai berai sehinggalah masalah sekecil ayam itik hilang, Bilal Brahim dan Mak Esah la yang selalu dicari untuk menyelesaikan masalah.
Bilal Brahim dan Mak Esah mempunyai tiga anak lelaki. Rashid tinggal bersama mereka manakala Rahim dan Rahman pula menetap di Kuala Lumpur. Ketiga-tiga mereka memilih untuk berkahwin serentak dengan pasangan masing-masing.
Akibat sikap 3 menantu mereka berbeza- beza, keadaan sambutan Ramadan yang pertama menjadi kecoh bila masing-masing cuba menambat hati Bilal Brahim dan Mak Esah. Mereka berebut-rebut untuk memasak walaupun hakikatnya ada antara mereka yang tidak pandai masak.
Bilal Brahim dan Mak Esah bukan sahaja kena melayan kerenah tiga menantu tetapi terpaksa juga mencari jalan penyelesaian untuk menangani masalah-masalah orang kampung.
Untuk mengetahui kesudahan kisah keluarga ini menyambut Ramadan dan Aidilfitri, jangan lupa tonton Drama Menantu Bilal terbitan Enuja Production Sdn Bhd ini pada setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 6:58 petang hanya di TV3.

Reviewed by Karen Monica
on
Jun 01, 2017
Rating:

Tiada ulasan: