Sinopsis Mak Cun Pi Lombok

Khas buat peminat siri Mak Cun, sempena Aidilfitri ini, TV3 akan menyiarkan telefilem Mak Cun Pi Lombok pada hari raya kedua nanti jam 9:00 malam.

Sinopsis Mak Cun Pi Lombok

Telefilem Mak Cun Pi Lombok mengisahkan tentang Mak Cun yang semakin hari semakin sibuk dengan dunia perniagaannya. Entah macam mana satu hari si Atul, anak Mak cun telah kemalangan dilanggar lori oleh seorang pemuda bernama Rangga.



Selepas kemalangan itu, Atul mula rapat dengan Rangga yang merupakan seorang pemuda dari Lombok Indonesia. Mak Cun tidak merestui perhubungan itu dan bertindak mengurung Atul di dalam rumah dan langsung tidak membenarkan Atul bertemu dengan Rangga.

Atul nekad melarikan diri dan merasakan Mak Cun akan terpaksa merestui perhubungannya dan Rangga sekiranya mereka berdua sudah bernikah. Bimbang dengan kehilangan Atul, Mak Cun nekad mencari anaknya itu di Lombok.

Apa akan terjadi kepada kesudahan kisah ini? Berjayakan Mak Cun menghalang perkahwinan antara Atul dan Rangga?

Telefilem Mak Cun Pi Lombok akan dibintangi oleh Erma Fatima, Dato Rahim Razali, Balkisyh Semundur Khan, Ajun Perwira, Isa Khan, Azizah Mahzan, Mak Wan Latah dan ramai lagi.

Jangan lupa tonton Mak Cun Pi Lombok arahan Bade Hj Azmi ini pada 26 Jun, jam 9:00 malam hanya di TV3.

Sinopsis Mak Cun Pi Lombok Sinopsis Mak Cun Pi Lombok Reviewed by Karen Monica on Jun 24, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.