Sinopsis Drama Seharum Rindu 2

Drama Seharum Rindu 2 menampilkan pelakon Ayu Raudhah, Shiqin Kamal, Shah Iskandar, dan Erry Putra akan disiarkan di slot Bidadari bermula 3 Julai ini pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 3.05 petang di TV1. Seharum Rindu 2 juga boleh di tonton menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my) atau melalui aplikasi myklik.


Seharum Rindu 2


Turut berlakon dalam Drama Seharum Rindu 2 adalah Dilla Ahmad, Muhammad Ameer Imran dan Sheeda Ali. Drama 26 episod ini telah diarahkan oleh Sabree Fadzil dan diterbitkan oleh Qaisworks Sdn Bhd.

SINOPSIS SEHARUM RINDU 2

Seharum Rindu 2 mengisahkan kehidupan sepasang kembar, Illana (Shiqin Kamal) dan Ameera (Ayu Raudhah) yang berhadapan dengan situasi hampir sama di mana mereka dirawat di hospital dalam masa serentak, atas sebab yang berbeza.

Illana yang koma telah ditinggalkan oleh ibu kandungnya, Kartini kepada pasangan Dato’ Amran dan Datin Aini. Begitu juga dengan Ameera yang turut dirawat di hospital sama setelah terlibat dalam kemalangan bersama tunangnya, Helmi. Ameera trauma dengan kejadian yang telah membunuh tunangnya itu.

Dalam menjalani proses terapi, masing-masing terpikat dengan Dr. Aiman (Shah Iskandar), doktor yang kebetulan merawat mereka berdua. Dr Adam adalah seorang duda dan mempunyai seorang anak bernama Adam (Muhammad Ameer Imran).  

Illana yang hilang ingatan sebaik sedar dari koma cuba untuk mengingati semula siapa dan dari mana asal usulnya kerana ibu dan bapa angkatnya itu menyembunyikan situasi sebenar. Begitu juga dengan Ameera yang menyembunyikan identiti mereka yang sebenar.

Sementara itu Shanaz menunjukkan rasa tanggungjawab dan cuba mendekati Ameera. Sebaliknya Ameera mula rimas dengan layanan mesra Shanaz terhadap dirinya. Kehadiran Dr. Aiman berjaya menepis perasaan traumanya dan dirinya kembali ceria. Pada masa sama Illana mula rapat dengan Adam kerana naluri keibuannya yang memang sukakan kanak-kanak. Begitu juga dengan Dr. Aiman.

Situasi itu menimbulkan cemburu di hati Illana dan Ameera apabila Dr. Aiman melayan mereka sama rata dan mesra. Ameera dapat menghidu sesuatu yang tidak kena dengan Shanaz yang tidak sudah-sudah mendesak Ameera menerimanya sebagai kekasih. Apatahlagi ibu Shanaz, Faridah yang bekerja dengan Dato’ Amran menjadi orang kepercayaan keluarganya.

Satu hari berlaku konflik bila Illana terjumpa keratan akhbar dan maklumat berkaitan kemalangan Ameera dahulu yang mana mangsa yang meninggal dunia adalah isteri Dr. Aiman. Ameera terkejut bila mengetahui berita itu apatahlagi disaat dia mula menyukai Dr. Aiman. Dirinya diburu rasa bersalah yang teramat sangat

Jika begini Sinopsis Drama Seharum Rindu 2, bagaimana pula kesudahan drama ini? Antara Illana dan Ameera, siapa yang akan berjaya memiliki hati Dr Aiman?

Jangan lupa tonton Drama Seharum Rindu 2 bermula pukul 3 petang ini hanya di TV1
Sinopsis Drama Seharum Rindu 2 Sinopsis Drama Seharum Rindu 2 Reviewed by Karen Monica on Julai 03, 2017 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.